|
|
Ternakan Ruminan Sdn Bhd (Ternakan Ruminan)
diperbadankan pada 30 Julai 1996. Ia merupakan sebuah syarikat
yang bergiat dalam penternakan lembu daging secara integrasi dalam
ladang kelapa sawit.
Integrasi dalam Ternakan Ruminan bermaksud
melaksanakan dua atau lebih aktiviti komersil di atas tanah yang
sama.
la beroperasi dalam aktiviti penternakan ruminan sejak tahun 2000
dan sehingga 31 Ogos 2006, terdapat 1,800 ekor lembu di bawah
peliharaannya.
Ternakan Ruminan dimiliki penuh oleh YPJ Corporation Sdn Bhd
sebuah syarikat dalam Kumpulan YPJ. Kumpulan YPJ melalui YPJ Oil
Palm Estate Sdn Bhd (YPJ Oil Palm) telah bergiat dalam aktiviti
ternakan lembu sejak tahun 1996. Ternakan Ruminan mengambilalih
operasi penternakan mulai tahun 2000. Aktiviti ternakan lembu
masih dijalankan dalam ladang-ladang kepunyaan YPJ Oil Palm yang
terletak di Kulai.
Kerajaan telah melancarkan Program Ternakan Ruminan dalam ladang
pada tahun 1998. Pelancaran program ini telah dilaksanakan oleh
YAB Perdana Menteri pada masa itu di ladang YPJ Oil Palm pada 19
April 1998.
Ternakan Ruminan mendapat galakan Taraf Perintis daripada
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk tempoh 5
tahun bermula 1hb Januari 2000 sehingga 31hb Disember 2004.
Ternakan Ruminan telah mengajukan permohonan perpanjangan galakan
Taraf Perintis kepada kementerian berkaitan yang sekarang ini
sedang menunggu kelulusan perpanjangan.
Setelah berkecimpung selama 10 tahun dalam ternakan lembu,
Ternakan ruminan mulai pertengahan tahun 2006, telah mula
berkecimpung dalam industri ternakan kambing pula. Sebuah kandang
telah dibina menjadikan aktiviti pemeliharaan kambing kini
berjalan dengan pesat. Sehingga November 2006, bilangan kambing
yang ada hampir 200 ratus ekor.
Fokus perniagaan, ialah untuk membekal ternakan hidup ataupun
daging (lembu dan kambing) untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Selaras dengan objektif Pelan Pertanian Kebangsaan Malaysia 3
(NAP3), Ternakan Ruminan melaksanakan sistem integrasi ternakan
lembu dan kambingnya di dalam setiap operasi perladangan di ladang
YPJ Oil Palm.
Dengan sinergi dalam persekitaran integrasi, kami percaya, ia akan
meningkatkan lagi produktiviti penternakan ke arah menghasilkan
`livestock' (lembu dan kambing) yang berkualiti kepada pengguna di
pasaran dalam dan luar negara.
Ternakan meletakkan Objektifnya sebagai berikut:-
|
1 |
Sebagai pusat ilmu penternakan dan skil
dalam pengurusan ternakan. |
|
2 |
Mengurangkan pergantungan terhadap pekerja
dari segi penyelenggaraan (merumput) dalam ladang. |
|
3 |
Memaksima penggunaan tanah ladang untuk
menghasilkan lebih pulangan. |
|
4 |
Mesra terhadap alam sekitar - dari segi
pengurangan penggunaan racun rumpai. |
|
5 |
Meningkatkan kualiti produk bekalan daging
segar dan ternakan lembu dan kambing hidup. |
|
|